Saturday, April 26, 2008

IMAN PENYELAMAT.


Ingatlah perhentianmu di hari kemudian,
dengan dosa dan pahala yang dilakukan,
Waspadalah jika timbang amal diletakkan,
kerana neraka tidak pernah melupakan,
isi-isi mereka dari orang yang membuat kemungkaran,
minumannya dihidangkan dengan nanah yang menjijikan,
makanannya dari buah zakum berduri membara kepanasan,
adakan kamu lupa itulah seburuk-buruk makanan,
Kerana TAKBUR dan SOMBONG kepada Tuhan,
Melanggar larangan tanpa sesalan,
Hinanya mereka diseksa tiada berzaman,
Menitis darah dan airmata menagih simpati Tuhan,
Mujurlah buih iman datang menyelamatkan,
Masuklah kamu ke syurga dengan penuh kenikmatan..

Amaran buatmu nissa..

AMARAN BUATMU NISSA,

Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia,

Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka,

sembilan nafsumu sentiasa bersama,

dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa..

NISSA,

Tutuplah auratmu sepanjang masa,

Tiada indahnya pandangan di mata,

Kecuali pada nafsu yang membara,

Pakaian mu hendaklah sempurna,

Tidak nipis dan mencolok mata,

Bebas najis suci sentiasa,

Azab kubur neraka selamat selamanya,

Hasanah akhirnya kau kecapi jua,

NISSA,

Jagalah tuturmu kepada ibu dan bapa,

Dirimu ditatang dan dimanja,

Fikirkan berapa nilai kasih dan harta mereka,

Yang diberikan kepadamu tanpa mengharapkan balasan jasa,

Hanya mereka inginkan kamu Menjadi insan solehah berjaya,

Taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,

Mengharapkan doamu di kala mereka tiada didunia,

Mengharapkan belasmu didunia,

agar mereka terlepas azab yang menyeksa,

NISSA,

andai kamu cintai si jejaka,

janganlah kamu terlena,

dibuai mimpi dan igauan hiasan dunia,

Kerana tiada cinta yang agung daripada Yang ESA,

Buatmu mawar


MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak geri mu,
Sopan ditIup sang bayu,
Batang dan dahan mu tetap tunduk malu..

MAWAR BERDURI,
Kelopak mu tetap dipelihara,
Daripada Kumbang yang membinasa,
Duri di dahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa..

MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk di rayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat memberi..

MAWAR..
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,
Dirimu telah rosak dibinasakan,
Dengan kumbang jantan yang dibiarkan meludah tanpa sekatan..

MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.....